Selamat datang. Laman web ini adalah tempat simpan dan mempamerkan bahan bertulis dan rakaman audio dalam bahasa Kimaragang. Seboleh-bolehnya, ia juga diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi faedah orang yang tidak faham bahasa Kimaragang.
Cara Menyumbang Bahan Bertulis kepada Laman Web Ini
Sekiranya anda hendak menyumbang bahan bertulis kepada laman web ini seperti cerita dongeng atau bahan lain, kami akan menerima dan menampalkan sumbangan anda dengan sukacita. Cara-caranya adalah: Sila tuliskan cerita anda (atau bahan-bahan lain) dalam bahasa Kimaragang atau bahasa Sonsogon. Terjemahkan cerita atau bahan tersebut ke dalam bahasa Melayu, kemudian, kirimkan kepada kami.
Kami akan menyesuaikan ejaan anda mengikut sistem ejaan yang digunakan di laman web ini. Kami tidak akan mengubah dialek yang digunakan dalam tulisan anda. Sekiranya sempat, kami akan membuat terjemahan tulisan anda ke dalam bahasa Inggeris. Jika tidak, tulisan anda akan ditampalkan dengan bahasa tempatan dan bahasa Melayu sahaja. Nama pengarang akan disertakan sama seperti dalam bahan yang sedia ada di laman web ini. Tuliskan nama penutur dan penulis jika ia dituturkan dan ditulis oleh masing-masing penutur dan penulis.